Categories: Trending

[TERKINI] Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Bakal Dilaksanakan

Kerajaan turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan sebahagian aktiviti ekonomi mahupun sosial dibenarkan beroperasi secara menyeluruh.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menjelaskan bahawa, terdapat beberapa aktiviti sosial yang membabitkan perhimpunan orang ramai yang mendedahkan kepada risiko jangkitan akan dikecualikan.

Sumber : Google

” Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan terus dilaksanakan di kawasan yang masih mencatat kes Covid-19 yang tinggi, iaitu kawasan merah,” katanya ketika Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja di Putrajaya.

Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Covid-19 dan PKP, jangan lupa saksikan Buletin Utama pada jam 8 malam ini, hanya di TV3.

Salma Syahbuddin