Categories: Trending

“Masjidil Haram & Masjid Nabawi Masih Ditutup” – Dr. Zulkifli

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberitahu maklumat terkini berhubung pembukaan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Menerusi laporan Harian Metro semalam, Dr. Zulkifli berkata beliau sudah berhubung dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia iaitu Datuk Dr. Mahmoud Hussien Saeed Qattan bagi mendapatkan maklumat mengenai hal berkenaan.

“Saya sudah berhubung dengan Duta Arab Saudi pada tengah hari tadi dan bertanyakan hal ini maka jawapan yang diberikan kepada saya, beliau sendiri tidak ada maklumat dan memaklumkan apa yang berlaku setakat ini berdasarkan kepada arahan terdahulu iaitu tiada pembukaan,” kata Dr. Zulkifli.

Makkah & Madinah Masih ‘Lockdown

Beliau turut memaklumkan di Makkah dan Madinah masih lagi `lockdown’. Hanya pekerja dan mereka yang terhad termasuk imam atau yang bertugas sahaja di masjid itu.

Arab Saudi juga memutuskan untuk menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat pergerakan keluar masuk ke beberapa bandar raya, termasuk Makkah dan Madinah sebagai langkah mencegah penularan wabak Covid-19 pada pertengahan Mac.

Bagi sebarang maklumat dan info terkini mengenai Covid-19, korang boleh saksikan hanya di TV3 dan Youtube Buletin TV3 okay?

Kredit: Harian Metro, Instagram haramain_info

Syafiqa Irdina