Netizen Kritik Alyah Baru Keluar ‘Gua’ Gara-Gara Berang Kedai Serbaneka Tak Sediakan Beg Plastik, Ini Respons Tuan Badan

Penyanyi Datin Alyah menerima kritikan ramai setelah berkongsi perasaan berang terhadap kedai serbaneka yang tidak menyediakan beg plastik kepada pelanggan.

Menerusi hantaran di Instagram, Alyah berang apabila tiada beg plastik disediakan untuk membungkus segala barang yang dibelinya itu.

“Bila pergi kedai 99 Mart Gelang Patah tapi tak ada plastik.

“Habis yang aku beli barang ni untuk bawa macam mana?

“Baik jangan buka kedai kalau dah plastik beg pun tak ada. Buat naik angin aku je,” katanya dalam video berkenaan.

Bagaimanapun, hantaran Alyah itu menerima kritikan teruk pengikutnya yang mengecam selebriti itu sehingga melabelnya baru keluar ‘gua’.

Ada juga yang menasihati Alyah untuk menjadikan kejadian tersebut sebagai satu pengajaran dan seeloknya menyediakan beg plastik sendiri.

Menyedari hantaran tersebut dikritik, pelantun lagu popular Kisah Hati ini tampil membalas salah satu komen tersebut.

“Tak semua kita keluar memang nak kena ready plastik.

“Habis kalau dah kecemasan nak kena beli barang-barang tu… Kedai runcit Aceh pun ada plastic awak,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Kita Tak Boleh Makan Dalam Kuantiti Banyak, Tapi…” – Alyah Kongsi Kelebihan Pembedahan Bariatrik 

Aqilah Paharuzi