Categories: Trending

Nora Perjelas Dakwaan Kahwin Dengan Menteri

Penyanyi Datuk Nora Ariffin menjelaskan dakwaan beliau kini bergelar isteri kedua kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa adalah tidak benar dan tidak masuk akal.

Menurut penyanyi yang kini berusia 48 tahun , sebaik dimaklumkan oleh anak sulungnya, Muhammad Syakir Iman mengenai laporan tersebut, pada awalnya beliau tergamam.

“Saya buat keputusan untuk mengabaikannya kerana itu hanyalah gosip semata-mata, tidak pernah berlaku apa yang dikhabarkan,” tegas Nora kepada ketika dihubungi Awani.

Sejak Rabu, tular di Twitter oleh seorang pengguna yang mendakwa kononnya Nora bergelar isteri kedua tokoh politik itu. Hal itu menyebabkan Muhammad Syakir tampil mempertahankan ibunya dengan menafikan Annuar kini bergelar ayah tirinya.

Malah, Nora turut mengatakan beliau mempunyai pertalian keluarga dengan ahli Parlimen Ketereh itu.

Untuk rekod, Nora, 48 berkahwin dengan komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi sebelum kehilangan suami tercinta empat tahun lalu.

Sumber : Awani

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”