Categories: Trending

“Oh Shut Up…” – Dakwa Tahu Kebenaran, Komen Fynn Jamal Di Video Temubual Suami Mizz Nina Timbulkan Tanda Tanya

Baru-baru ini, hangat diperkatakan tentang isu anak angkat aktivis dan penyanyi Mizz Nina dan bekas suami, Noh Salleh yang didakwa mengambil anaknya tanpa kebenaran.

Bukan itu sahaja, penyanyi Fynn Jamal turut mencuri perhatian ramai apabila meninggalkan komen di sebuah video temubual suami kepada Mizz Nina iaitu Essam Muhammad.

Menerusi sebuah video tersebut, Essam memberi kenyataan bahawa tindakan mengambil kanak-kanak tanpa kebenaran penjaganya adalah satu kesalahan.

Manakala di ruangan komen, pelantun lagu Arjuna Beta ini mengeluarkan kata-kata seakan menyindir seseorang.

“Oh shut up we all know the truth. Allah is my witness,” tulisnya di komen.

Berdasarkan komen berkenaan, Fynn seperti mengetahui tentang perkara sebenar yang berlaku.

Komen itu kemudiannya membuatkan netizen tertanya-tanya tentang kebenaran yang dimaksudkan dan meminta agar dirinya untuk tidak masuk campur urusan orang lain.

“Wait what’s the truth?

“You should shut up and don’t get involved in things you know one sided.

“Tiber nak tambahkan spekulasi orang kat sini. Bukan family shut up la,” komen netizen.

Maya Basir