Selepas Didakwa Hina Orang Sabah, Fathia Latiff ‘Belanja’ Lagu Jambatan Tamparuli… Netizen Komen: “Kau Dah Maki, Baru Nak Love? H*nat Kau La!”

Pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya, sebentar tadi.

Menerusi perkongsian tersebut, Fathia kelihatan makan ais krim sambil menari dengan berlatar belakangkan lagu popular negeri Sabah, Jambatan Tamparuli.

“Love You Sabah!” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengutuk tindakan aktres tersebut yang dianggap tidak stabil atau high.

“Kau dah mak*, fitnah kami, kau dah menyampah baru nak love? Kepala h*nat kau la… Kalau high jangan buat lah bingai.

“pergilah berubat sakit mentalkau tu. Dah teruk sangat dah ni.

“Kuat menganjing, siap bagi kaki. Adui, baik pergi solat biar tenang sikit hati tu,” komen netizen.

 

Tidak berdiam diri dengan komen yang diberi, Fathia bagaimanapun tampil mempertahankan dirinya.

“Suka hati aku lah nak buat video bogel ke, buat video tunjuk t*t*k ke, this is my ig. Anjing lu,” balasnya.

Sebelum ini, Fathia dikritik hebat apabila membuat kenyataan menerusi sesi live miliknya, memaklumkan bahawa dia membenci dan menggelar orang Sabah sebagai syirik.

“Orang Sabah, sila jangan ganggu saya. Saya benci orang Sabah, orang syirik. Banyak orang Sabah orang syirik. So, saya palau orang Sabah.

“Orang Sabah tak payah masuk dalam live ni saya dah menyampah,” ulasnya dalam video berkenaan.

Salma Syahbuddin