Categories: Trending

OMG…Wanita Ini Nekad Masuk Landasan Kejar Pesawat

Seorang wanita nekad mengejar pesawat gara-gara sudah terlambat.

Walaupun namanya sudah dipanggil tiga kali sebelum itu, penumpang dikenali sebagai Hana itu nekad masuk ke landasan kerana tetap mahu mengejar pesawat tersebut.

Insiden pada Ahad di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali itu turut menjadi tular di media sosial.

Difahamkan, Hana sepatutnya menaiki pesawat Citilink dari Denpasar menuju ke Jakarta. 

Petugas telah memberi penjelasan, namun Hana tetap mengejar pesawat itu hingga menyebabkan staf keselamatan terpaksa menahannya.

Situasi itu bagaimanapun berjaya dikawal dan dia kemudiannya menaiki pesawat Citilink QG 683 pada jam 4.50 petang hari yang sama. – Kompas.com

SGMS Faida