Categories: Trending

Orang Ramai Boleh Mohon BPN 2.0 Sehingga 15 November Ini

Seperti sedia maklum, tarikh akhir permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 adalah sehingga 15 November ini.

Justeru itu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) meminta dan mengingatkan orang ramai yang bukan penerima BPN sebelum ini tetapi memenuhi syarat kelayakan ditetapkan agar memohon segera.

Manakala, permohonan yang lulus, pembayaran akan dibuat pada Januari 2021.

ARTIKEL BERKAITAN : Korang Boleh Semak Status Pembayaran BPN 2.0 Mengikut Bank Bermula Hari Ini

Orang ramai yang masih belum memohon bolehlah membuat permohonan secara dalam talian di https://bpn.hasil.gov.my/ atau melalui penghantaran borang manual ke pejabat LHDNM yang berdekatan. Dan, layari portal BPN di https://bpn.hasil.gov.my/ untuk muat turun syarat permohonan.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM.

ARTIKEL BERKAITAN : ‘Step’ Mudah Tukar Status Perkahwinan BPN 2.0 Korang!

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin