Categories: Trending

Pakar Virologi Bakal Dedah Bukti COVID-19 Berpunca Dari Makmal China Bukan Dari Pasar Wuhan

Umum mengetahui, kerajaan Cina pernah mendedahkan bahawa punca sebenar COVID-19 adalah berasal dari pasar basah yang menjual haiwan eksotik di wilayah Wuhan, Cina.

Namun begitu, perkara tersebut telah disangkal oleh seorang pakar virologi, Dr Li Meng yang kini bekerja di Pusat Pengajian Kesihatan Awam di Hong Kong. Menurut doktor itu lagi beliau akan membuktikan bahawa virus itu sebenarnya berasal dari makmal di Wuhan, China dan bukan dari pasar basah seperti yang didakwa.

“Perkara utamanya ialah (punca) di pasar daging di Wuhan itu adalah usaha untuk mengaburi mata, dan virus ini bukan terhasil secara semulajadi,” katanya semasa ditemu bual dalam program Loose Women.

Institusi pengajian itu adalah antara pusat rangkaian WHO bagi kajian penyakit berjangkit.

Beliau dipilih membuat kajian mengenai COVID-19 di China susulan kefasihannya bertutur dalam Mandarin.

Dr Yan berkata beliau pernah mendakwa menemui bukti jangkitan virus dari manusia dan kemudian melaporkan perkara itu kepada penyelianya.

Namun, penemuan yang dibuat tidak diendahkan walaupun ia mampu menyelamatkan banyak nyawa.

Sumber: The Sun

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”