Categories: Trending

Paralimpik Tokyo 2020: Latif Romly Pertahan Emas

Atlet para negara, Abdul Latif Romly, 24, berjaya mempertahankan emas yang dimenanginya dalam acara lompat jauh T20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Latif muncul wira kontinjen Malaysia apabila menjadi penyumbang pingat emas ketiga, sekali gus menepati sasaran ditetapkan.

Latif berjaya mengekalkan emas yang dimenanginya lima tahun di Paralimpik Rio 2016 apabila melakukan lompatan sejauh 7.45 meter (m) pada percubaan kedua dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo.

Atlet berasal dari Perlis itu bagaimanapun tidak meneruskan lompatan terakhirnya selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika melakukan lompatan kelima.

Kontinjen Malaysia sebelum ini sudah meraih dua emas menerusi jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin dan pemain badminton para bagi kategori SU5, Cheah Liek Hou.

Sunber: Berita Harian / BERNAMA

Padin