Euforia Bola 2026
Trending By: Padin September 4, 2021 @ 9:26pm

Paralimpik Tokyo 2020: Latif Romly Pertahan Emas

Atlet para negara, Abdul Latif Romly, 24, berjaya mempertahankan emas yang dimenanginya dalam acara lompat jauh T20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Latif muncul wira kontinjen Malaysia apabila menjadi penyumbang pingat emas ketiga, sekali gus menepati sasaran ditetapkan.

Latif berjaya mengekalkan emas yang dimenanginya lima tahun di Paralimpik Rio 2016 apabila melakukan lompatan sejauh 7.45 meter (m) pada percubaan kedua dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo.

Atlet berasal dari Perlis itu bagaimanapun tidak meneruskan lompatan terakhirnya selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika melakukan lompatan kelima.

Kontinjen Malaysia sebelum ini sudah meraih dua emas menerusi jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin dan pemain badminton para bagi kategori SU5, Cheah Liek Hou.

Sunber: Berita Harian / BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 12 Mar 2021
Trending Mon, 16 Jul 2018

Urgh Gatalnya! Ketahui Tentang Kutu Rambut

Jangkitan kutu kepala atau pediculosis terjadi apabila ditemui sekurang-kurangnya 10 ekor kutu hidup di atas kepala. Jangkitan boleh berlaku apabila rambut yang dijangkiti menyentuh rambut mangsa baru.

Hiburan Thu, 5 Mar 2026
Featured Mon, 16 Jan 2023

[VIDEO] “Mana Menghilang, Lama Tak Nampak di TikTok” – Ikut Trend, Gelagat Zizan Razak Buat Warganet Terhibur

Hahaha mmg kelakar lah Zizan ni, netizen pun semua jenis mudah terhibur ye

Featured Tue, 7 Sep 2021
Kisah Viral Mon, 27 Jan 2025
error: Content is protected !!