Categories: Trending

Park Bo Gum Punca #SongSongCouple Fail Cerai?

Isu keretakan rumah tangga pelakon popular Korea yang digelar #SongSongCouple ini  mula tersebar semalam dan menjadi trending apabila spekulasi mengenai perceraian mereka dikeluarkan menerusi media di sana.

Malah, selepas ramai peminat berdukacita dengan perkhabaran ini, timbul pula desas-desus bahawa keretakan rumah tangga pasangan Song adalah berpunca daripada pihak ketiga. Netizen berpendapat, Park Bo Gum adalah punc kepada keretakan rumah tangga pasangan Song selepas Song Hye Kyo bergandingan dengan beliau menerusi drama Encounter.

Bagaimanapun, agensi Park Bo Gum iaitu Blossom Entertainment menafikan perkara ini menerusi satu kenyataan rasmi.

” Nampaknya spekulasi ini timbul disebabkan Bo Gum dan Hye Kyo bergandingan dalam drama tersebut. 

“Perkara itu tidak benar sama sekali dan gosip itu juga adalah mengarut

” Bo Gum merupakan junior Joong Ki dan mereka berada dalam agensi yang sama

“Kami telah berbincang dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah tersebut.” Jelasnya tegas.

Mendirikan rumah tangga pada 31 Oktober 2017, akhirnya pasangan #SongSongCouple ini mengambil keputusan untuk berpisah selepas tiada persefahaman antara kedua-duanya.

Salma Syahbuddin