Categories: HiburanSelebriti

Asam Laksa Dikritik Netizen, Ini Jawapan Slumber Eina Azman!

Gara-gara tidak membuang tulang ikan serta tidak merebus sebelum memaksa laksa, pelakon Datin Paduka Eina Azman dikritik oleh netizen.

Menerusi laman Instagramnya, Eina berkongsi resipi Asam Laksa dikritik apabila cara masakan dilihat ‘tidak kena’ pada pandangan netizen.

“Alhamdulillah done cooking Asam Laksa,” tulis Eina ringkas sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ada di antara netizen yang bertanya sama ada ikan itu memang dimasak bersama dengan tulang.

Ada diantara netizen yang menyarankan agar pelakon jelita itu merebus dan mengisar ikan terlebih dahulu sebelum dimasak.

“Ni kalau makan mesti terasa kesat-kesat kalau blend tak halus, seeloknya rebus dulu, asingkan antara isi dan tulang,” tulis netizen.

Tidak berdiam diri, Eina membalas beberapa komen netizen terbabit.

“Boleh je makan, Insya-Allah tak mati tercekik, saya masak saya tau,” balasnya.

Ibu muda ini terkenal dengan perkongsian menu masakan yang lazat-lazat di Instagram malah dia terkenal dengan ‘hashtag’ #itsdonebyeinaazman di setiap video resipinya.

SGMS Fas