‘Biasa Jaga ‘Penyanyi Dah Pro’, Kali Ini Yang Bakal Pro’- Ajai Teruja Latih Vokal Anak

Komposer terkenal, Ajai meluahkan rasa bangga apabila buat pertama kali dapat melatih vokal anaknya, Danisha. 

Baru sahaja berusia sembilan tahun, Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas memberitahu Danisha terpilih mewakili sekolah dalam sebuah pertandingan nyanyian.

The Best Day Of My Life bila melatih dan mendengar vokal anak sendiri menyanyi. Umurnya baru 9 tahun, terpilih masuk singing competition mewakili sekolah.

“Biasa jaga ‘Penyanyi yang Dah Pro’ kali ini. Yang Bakal Pro. Apa-Apa pun, ‘Adik menyanyi dah ada feel & gaya semula jadi’ Don’t worry. All The Best My Love @chazszsszs… Love ya!,” tulis Ajai di Instagramnya.

Tambah Ajai, Danisha memilih untuk menyanyikan lagu berjudul Akhirnya Cinta nyanyian asal penyanyi Salma Asis.

“ Nak yang lagu tinggi je,” tulisnya ringkas yang sempat mengusik Danisha yang mengenggam mikrofon dengan gaya tersendiri.

Danisha merupakan anak hasil perkahwinan kali kedua dengan Liza Ilias.

Ajai juga memiliki seorang lagi anak perempuan bernama Ayu Nazirah, 20 hasil perkongsian hidup Ajai dengan bekas isteri, Nurul Wahab.

Good Luck, Danisha!

SGMS Faida