Categories: Trending

Park Bo-Young Nak Elak Nasib Malang Sampai Kena Buat Perjanjian Dengan Seo In-Guk? Jangan Lupa Saksikan K-Drama Best ‘Doom at Your Service’ Hanya di Viu!

Drama bersiri Viu Original yang bertemakan romantik dan fantasi, Doom at Your Service menemui peminat di Viu bermula 10 Mei yang lalu.

Karya menarik ini mendapat sentuhan Kwon Young-Il selaku sutradara dan ia dibintangi oleh Park Bo-Young, Seo In-Guk serta ramai lagi pelakon hebat.

Sebelum ini, aksi Park Bo-Young pernah kita saksikan dalam K-Drama popular Strong Woman Do Bong Soon dan lakonan Seo In-Guk pula menghiasi drama bersiri Hundred Million Stars From The Sky (The Smile Has Left Your Eyes)

Doom at Your Service mengisahkan mengenai seorang wanita bernama Tak Dong Kyung (Park Bo-Young).

Dong Kyung yang bekerja sebagai seorang web novel editor di sebuah syarikat penerbitan.

Dong Kyung mendapat tahu yang teman lelaki yang dikenali selama tiga bulan telah menipu dirinya. Lelaki itu sebenarnya sudah berkahwin dan bakal menjadi bapa.

Nasib malang datang bertimpa apabila Dong Kyung disahkan menghidapi penyakit kanser otak.

Dong Kyung bersemuka dengan isteri kepada teman lelakinya dan dia mengetahui realiti sebenar mengenai status kekasihnya itu.

Malangnya, video pertemuan antara dia dan isteri teman lelakinya menjadi viral di internet sehingga sampai ke pengetahuan bosnya dan lebih teruk lagi, sang bos memalukan Dong Kyung di depan rakan-rakan sekerjanya!

Sedih dan terkejut dengan nasib malang yang ditakdirkan untuk dirinya, Dong Kyung tak dapat menyembunyikan perasaan marah dan pulang ke rumahnya selepas mempertahankan dirinya daripada tuduhan bosnya.

Sampainya di rumah Dong Kyung menyambut hari ulang tahun pemergian ibu bapanya secara berseorangan sehingga mabuk dan secara berseloroh, membuat permintaan supaya dunia berakhir ditimpa malapetaka.

Tanpa disangka, permintaan Dong Kyung didengari oleh Myul Mang (Seo In Guk), makhluk berkuasa luar-biasa yang merupakan perantara antara tuhan dan manusia!

Myul Mang (juga bermaksud malapetaka dalam bahasa Korea) kemudiannya muncul di depan pintu rumah Dong Kyung.

Myul Mang menawarkan perjanjian kepada Dong Kyung untuk menjadikan satu permintaanya sebagai kenyataan dan boleh meneruskan hidup mengikut keinginannya dalam masa 100 hari sebelum Dong Kyung meninggal dunia.

Apakah yang bakal terjadi dengan takdir hidup Dong Kyung? Jangan lupa tonton Doom at Your Service hanya di Viu, episod baru setiap Selasa dan Rabu!

Semestinya anda bakal menyaksikan sebuah karya fantasi yang penuh dengan adegan dan babak yang romantik serta mencuit hati!

Mesti anda dah tak sabar kan?

Sebelum itu, jom saksikan video ‘behind the scene’ karya menarik ini!

Jangan lupa saksikan Doom at Your Service di www.viu.com atau klik di SINI! Untuk cara yang lebih mudah, jangan lupa muat turun aplikasi Viu di App Store atau Play Store!

Padin