Categories: FeaturedTrending

Lanjutan Moratorium Mulai 1 Julai Kepada Pelanggan Terkesan – Bank Rakyat

Berikutan peningkatan kes COVID-19 dan beberapa sektor ekonomi yang diperkatatkan, Bank Rakyat akan melanjutkan tempoh Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar yang akan berakhir pada 30 Jun ini kepada pelanggan yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan, Bank Rakyat amat prihatin terhadap situasi terkini yang masih tidak stabil.

Bank Rakyat akan melanjutkan tempoh Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar yang akan berakhir pada 30 Jun ini kepada pelanggan yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

Permohonan lanjutan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini boleh dibuat mulai 1 Julai 2021 dan pelanggan perlu menghubungi bank menerusi emel di bankrakyatrnr@bankrakyat.com.my dengan menyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi.

Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Panggilan di talian 1300800800 atau mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang berdekatan untuk merancang pembayaran pembiayaan.

BERNAMA

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”