“Tak Banyak Boleh Ulas, Kes Masih Dalam Siasatan”- Neelofa Komen Isu Tidak Pakai Pelitup Muka

Selebriti dan pengacara, Neelofa hari ini dalam satu kenyataan kepada pihak media memberitahu bahawa dia telah memberikan kerjasama kepada pihak polis.

Ia berikutan susulan kes yang mendakwa selebriti itu tidak memakai pelitup sewaktu dilihat hadir ke perkarangan mahkamah majistret Seremban Khamis lalu.

“Pihak kami dah berikan sepenuhnya kerjasama kepada pihak polis dalam menyelesaikan kes ini. Alhamdulillah proses berjalan dengan lancar. Tak banyak yang boleh saya ulas tentang hal ini memandangkan kes masih lagi dalam siasatan.

” Insyaallah jika ada perkembangan, pihak saya ataupun pihak polis akan maklumkan. Terima kasih ya.” ujarnya.

Neelofa  dilihat hadir bersama suaminya PU Riz ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pagi tadi untuk memberi keterangan mengenai isu tersebut

Terdahulu, Neelofa menerima kecaman ramai apabila dilihat hadir ke perkarangan mahkamah majistret Seremban dengan tidak memakai pelitup muka di sebalik niqab yang dikenakan.

Susulan dakwaan itu, Menteri Kanan Keselamatan , Datuk Seri Ismail Sabri turut  mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah akta 342.

Baca artikel berkaitan : “Objektif Saya Adalah Untuk Beri Kesedaran Menyeluruh Mengenai Isu Palestin” – Neelofa

Kredit foto : The Vocket

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”