Categories: Trending

Bantuan Khas RM 1,000 Buat 213 Penumpang LRT Terlibat Kemalangan

Berikutan kejadian kemalangan melibatkan pertembungn dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT)  menerusi laluan Kelana Jaya semalam melibatkan 231 penumpang terdiri daripada 166 orang  mengalami cedera ringan dan 47 orang dilaporkan cedera parah  telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk  mendapatkan rawatan.

Justeru itu, Pengerusi Prasarana Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, memaklumkan pihaknya akan menanggung kos perubatan mangsa yang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Selain itu, Kerajaan turut menyediakan bantuan khas sebanyak RM1,000 kepada 213 mangsa terbabit. Manakala, mangsa yang kehilangan pekerjaan akibat insiden tersebut akan diberi bantuan kewangan yang sewajarnya.

 

Sumber :  Awani

Salma Syahbuddin