Categories: Trending

Jom Semak! Ini Cara Semak Tarikh Akhir Bayaran i-Sinar KWSP Secara Online

Kalau sebelum ini ramai sedia maklum bahawa, bayaran i-Sinar akan dibuat kepada setiap ahli adalah berbeza mengikut amaun pengeluaran masing-masing.

Namun, bagi yang baru membuat permohonan atau memohon lewat dari tarikh awal permohonan dahulu, anda kini boleh menyemak bilakah tarikh akhir bayaran i-Sinar KWSP anda secara online.

Cara semak tarikh akhir bayaran i-Sinar

Berikut merupakan cara membuat semakan tarikh akhir bayaran i-Sinar melalui i-Akaun anda :

  1. Log masuk ke i-Akaun KWSP anda.
  2. Semak dibahagian i-Sinar
  3. Semak tarikh akhir bayaran (Monthly Recurring End Payment Date)
  4. Bagi yang membuat pindaan – Contohnya, sebelum ini akaun anda expired sebab KWSP dan bayar habis jumlah yang di pohon namun, apabila membuat pindaan, akaun anda berada dalam mod ‘active’ ini kerana;

Sekiranya anda masih tidak membuat pengeluaran jumlah yang maksimum, anda masih boleh membuat pindaaan pengeluaran amaun sekarang.

Untuk  makluman, bagi yang belum pernah membuat permohonan, anda  kini boleh membuat permohonan baru i-sinar sehingga 30 Jun 2021.

 

Sumber : LHDN

Salma Syahbuddin