Selaras dengan bantuan yang diperkenalkan kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) bagi mengurangkan bil elektrik rakyat terutamanya pengguna domestik. Pengecualian pemotongan bekalan elektrik akan dilanjutkan.
Bagi pengguna yang terlewat membayar bil elektrik bulanan, mereka TIDAK akan dikenakan pemotongan bekalan tersebut berikutan kerajaan beretuju melanjutkan inisiatif tiada pemotongan bekalan elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung dan Sabah bagi tunggakan kurang dari 6 bulan.
Menurut Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, pelaksanaan ini setelah mengambil kira keperluan bagi membantu rakyat dalam tempoh Covid-19 yang semakin panjang.
Malah, inisiatif ini juga turut dilakukan hasil kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn.Bhd (SESB).
Bekalan elektrik pengguna TIDAK akan dipotong sekiranya terlewat bayar sehingga 30 Jun 2021 dengan syarat :
Kategori pengguna ini juga akan diberikan kemudahan untuk membuat pembayaran bil secara ansuran selama 6 bulan mulai :
Selain itu, TNB juga TIDAK mengenakan caj tambahan terhadap pengguna sepanjang tempoh ansuran ini.
Sumber : Facebook
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Wah, mesti best kan!
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..