Categories: Trending

Pasangan India Maut Semasa ‘Selfie’ Di Tebing Yosemite

Vishnu Viswanath, 29 dan Meenakshi Moorthy, 30 meninggal dunia minggu lepas setelah jatuh dari Taft Point. Mayat mereka ditemui oleh pihak rangers pada hari Khamis kerana taman ini tidak mempunyai tempat bersandar. Pasangan India yang jatuh dari atas ke bawah di Taman Negara Yosemite California sewaktu bercuti di situ

Saudara Viswanath memberitahu media tempatan di India, dia percaya bahawa pasangan itu sedang mengambil ‘selfie’ berlatarbelakangkan pemandangan yang indah sewaktu kejadian menimpa

Pasangan yang tinggal di Amerika Syarikat bukan setakat suka meneroka dan bercuti tetapi mempunyai blog untuk berkongsi tentang tempat yang menarik yang pernah dilawati oleh mereka. Setiap pengembaraan mereka dikongsi di blog mereka iaitu Holidays and HappilyEverAfters.

Sebelum kejadian sempat lagi Moorthy berkongsi di Instagram

Gambar yang sedang duduk di pinggir Grand Canyon. Sempat lagi menceritakan tentang perkara yang menakutkan apabila mengambil gambar dari lokasi berbahaya. 

“Adakah hidup kita bernilai dengan hanya satu foto?” dia menulis

Pihak berkuasa berkata pegawai taman sedang menyiasat kematian dan siasatan itu mungkin mengambil masa beberapa hari .

Pasangan ini dikatakan jatuh hampir 245 meter dari kawasan yang dikelilingi oleh kawasan yang curam dan penyelamat terpaksa menggunakan helikopter untuk mengambil mayat.

Kira-kira 259 orang meninggal di seluruh dunia dalam beberapa tahun akibat ‘selfie’. Sanggup bergadai nyawa demi sekeping foto menurut kajian yang dalam Journal of Family Medicine and Primary Care – AFP

 
 
SGMS Enal