Categories: Trending

Pasar Di Selangor Akan Mula Dibuka Esok

Khas buat penduduk Selangor!

Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan pembukaan semula Pasar Jalan Othman dan memberi kebenaran untuk beroperasi semula selepas diarahkan tutup sejak 10 Mei lalu.

Walaubagaimanapun, peniaga dan pengunjung perlu mematuhi SOP dan arahan yang dikeluarkan MKN.

Wajib pakai pelitup muka dan hidung, jaga kebersihan

Pengunjung juga diwajibkan memakai pelitup hidung dan mulut, menggunakan cecair pembasmi kuman, menjaga penjarakan sosial serta menggunakan imbasan kod QR sistem ‘Selangkah’ sebelum memasuki pasar,

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan kawasan di Pasar Jalan Othman dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 10 Mei lalu kerana terdapat 26 kes positif COVID-19 di kawasan berkenaan.

Apapun, buat pengujung pasar mohon jaga kebersihan dan penjarakan jarak sosial.

Sumber: Harian Metro

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”