Categories: Trending Hari Ini

OKU, Ibu Tunggal Bawah JKM Bakal Terima Bantuan ‘One-Off’ RM300 Sebelum Aidiladha

Kerajaan bakal memberi bantuan secara one-off kepada ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) melalui Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA).

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mereka yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan itu sebelum Hari Raya Aidiladha ini.

“Kerajaan juga sentiasa memberi berat kepada kebajikan kumpulan sasar seperti OKU dan ibu tunggal.

“Lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal tersenarai di bawah JKM layak menerima bantuan one off sebanyak RM 300 bagi mengurangkan beban mereka

“Bantuan ini insyaallah akan disalurkan sebelum Aidiladha,” katanya dalam sidang media hari ini.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover