Categories: Trending

Khusus Untuk Penganggur, Kerajaan Umum Program Insentif Pengambilan Pekerja

Berita baik buat mereka yang hilang kerja sepanjang PKPB!

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan program insentif pengambilan pekerja untuk membantu golongan yang hilang pekerjaan.

Insentif ini berjumlah 1.5 billion, program insentif ini juga akan diberikan selama 6 bulan.

Insentif bagi penganggur pertama dan kedua

Insentif ini akan diberikan buat penganggur di bawah 40 tahun iaitu sebanyak RM 800 sebulan bagi setiap pekerja.

Keduanya, insentif penganggur berumur 40 tahun ke atas dan golongan OKU sebanyak RM 1,000 sebulan.

Justeru, syarikat akan diberikan insentif kewangan untuk memberi kerja kepada gologan penggangur dan belia.

Subsidi upah dilanjutkan selama 3 bulan

Selain itu, perluasan program subsidi upah juga akan dilanjutkan program ini selama 3 bulan. Subsidi upah juga ditetapkan pada kadar RM 600 sebulan untuk setiap pekerja.

Untuk info lanjut tonton video di bawah:

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”