Categories: Trending

Patah Tumbuh Hilang Berganti. Elfira Loy Bertunang Lagi

Patah tumbuh hilang berganti, begitulah kehidupan ini diibaratkan. Selepas tujuh bulan putus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi yakni pada 18 Februari lalu, pengacara, pelakon dan usahawan muda, Elfira Loy, mengikat tali pertunangan dengan jejaka bernama Mohammad Faris Khairol Anuar.

Majlis merisik dan bertunang itu berlangsung secara tertutup di kediaman Elfira di Alam Damai, sekitar jam 10 pagi semalam dengan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Jejaka pilihan hati Elfira itu bukan di kalangan anak seni sebaliknya Muhammad Faris Khairol Anuar, bertugas sebagai Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di ibu kota berstatus anak Datuk.

Sumber turut memaklumkan, pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada tahun depan, namun tarikhnya masih belum ditetapkan.

Elfira yang dihubungi bagi mengesahkan perkara itu memilih untuk tidak mengulasnya, sebaliknya hanya memberi bayangan dirinya sedang dilamun bahagia menerusi Insta Story di Instagram apabila memuat naik gambar bentuk hati.

Sebelum ini, hubungan Elfira, 24, dan jejaka itu mula dihidu apabila dia memuat naik gambar bersama seorang lelaki pada 19 Ogos lalu berserta kapsyen: ‘Buang kebencian, lahirlah kebahagiaan’, seterusnya mencetuskan andaian dia sedang dilamun cinta.

Foto: Elfira Loy Instagram

Sumber: Berita Harian

Yanie Baharom