Categories: Trending

PDRM Tamatkan Sekatan Jalan Raya Bermula Esok

Berita gembira sepanjang PKPP ini wajib dikongsi ramai!

Nampaknya, ramai yang gembira dan bersyukur apabila kerajaan memberikan banyak kelonggaran buat orang ramai sepanjang tempoh PKPP. Bermula dengan kebenaran untuk orang ramai pulang ke kampung dan merentas negeri kepada kelonggaran buat orang ramai menunaikan solat di masjid dan surau.

Baca artikel berkaitan: PKPB Akhirnya Tamat, Rentas Negeri Dibenarkan Bermula 10 Jun- Perdana Menteri

Terbaru, Menteri Kanan Keselamatan Dato Seri Ismail Sabri berkata, mulai esok PDRM tidak akan membuat sekatan jalan raya yang menghalang orang ramai untuk rentas negeri mulai esok.

Tumpuan PDRM seterusnya adalah kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di premis perniagaan termasuk pasar raya dan pasar malam.

“Hari ini adalah hari terakhir larangan rentas negeri kerana esok bermulalah kebenaran rentas negeri. Namun, untuk kes lain seperti Ops Benteng, memantau jenayah lain, akan tetap dilakukan PDRM seperti biasa,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Buat yang ingin pulang ke kampung, berhati hati dalam perjalanan. Ingatlah nyawa orang tersayang.

Untuk info lanjut, tonton video di bawah:

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”