Categories: Trending

Pekerja Di Zon Merah Disaran Jalani ‘Swab Test’

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, golongan pekerja dari zon merah yang perlu bekerja di pejabat disarankan menjalani ujian calitan atau swab test bertujuan untuk menjaga keselamatan dan mengurangkan berlakunya penularan Covid-19.

Namun, bagi pekerja asing, pengawal keselamatan dan individu yang bergejala adalah diwajibkan untuk menjalani ujian tersebut terutamanya mereka yang bertugas di zon merah.

” Bagi pekerja yang berada di zon merah atau bekerja di zon merah risikonya adalah tinggi. Maka, kita bersetuju walaupun tidak diwajibkan namun amat disarankan mereka membuat ujian calitan demi keselamatan dan kesihatan mereka” Katanya.

Untuk mengetahui berita terkini mengenai pelaksanaan PKPD dan PKPB, bolehlah saksikan Buletin Utama TV3 menerusi Youtube Buletin Utama.

Salma Syahbuddin