Categories: Trending

Pelajar Yang Menduduki Peperiksan 2020/2021 Sahaja Dibenarkan Ke Sekolah

Menerusi sidang media Menteri Pendidikan pada Selasa, hanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020 dan 2021 dibenarkan mengikuti pembelajaran secara bersemuka, di sekolah dalam kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sesi persekolahan secara bersemuka ini termasuklah di 6 negeri iaitu, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Selangor serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), akan bermula seawal seminggu selepas PKP ditamatkan.

Pelajar berasrama penuh dibenarkan pulang ke asrama 16 Januari 2021

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, berkata pelajar sekolah berasrama penuh dan asrama sekolah harian yang akan menduduki peperiksaan SPM/SVM/SKM/STPM/STAM/DVM bagi 2020 dan 2021 di negeri terbabit PKP, dibenarkan pulang ke asrama mulai 16 Januari ini.

Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada pelajar bagi membolehkan mereka merentas negeri atau daerah.

Berikut merupakan sidang media penuh dari Menteri Kanan Pendidikan berkaitan pengoperasian semula sesi persekolahan.

Salma Syahbuddin