Categories: FeaturedTrending

Pelakon Risteena Munim Sah Bergelar Isteri Isa Khan

Setelah hampir dua tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Risteena Munim akhirnya menamatkan zaman bujang bersama Isa Khan.

Pasangan itu dinikahkan pada jam 10.40 pagi tadi dengan sekali lafaz dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Kedua dua pasangan pengantin dilihat sama cantik sama padan menggayakan busana putih.

Lebih menarik, sempena majlis perkahwinannya Isa sempat merakamlan sebuah lagu berjudul Karunia Terhebat khas buat isteri tercinta.

Difahamkan pasangan ini sepatutnya bernikah pada November tahun lalu tetapi disebabkan pandemik COVID-19, majlis itu terpaksa ditangguhkan pada 12 Mac.

Kami dari Xtra mengucapkan ribuan tahniah buat Risteena dan Isa. Semoga rumah tangga yang dibina berkekalan selamanya.

Kredit foto: Project2pi Instagram

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”