Categories: FeaturedTrending

Foto Terbaru Engku Emran Undang Spekulasi Hubungan Bersama Nabila?

Gosip hubungan cinta antara Engku Emran dan Noor Nabila mula bertiup apabila Engku Emran dikatakan menghadiri ceramah dan menikmati hidangan di rumah Noor Nabila. Malah,kedua duanya juga dilihat gemar melakukan aktiviti menaiki basikal bersama – sama.

Terbaru, khabar angin keduanya menjalin hubungan istimewa semakin kuat bertiup apabila Engku Emran dilihat memuat naik sebuah foto laman instagramnya.

Foro radio di dalam kereta tersebut jelas menunjukkan pantulan imej Noor Nabila.

Dengan kapsyen “Choppy until you came along,” peminat mula mempersoalkan status hubungan mereka.

Malah, turut tertera tajuk lagu di radio kereta berkenaan iaitu By Your Side nyanyian Sade.

Apa yang lebih menarik perhatian, Engku Emran turut menutup ruangan komen di posting berkenaan.

Setakat ini, kedua duanya masih belum memberikan sebarang kenyataan mengesahkan hubungan mereka.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”