Categories: FeaturedTrending

Boleh Naikkan Caruman Perkeso Tetapi Hanya Syer Majikan Untuk Pekerja – MTUC

Cadangan untuk menaikkan kadar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) perlu dibuat terhadap syer majikan sahaja tanpa melibatkan kenaikan kadar kepada pekerja.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor berkata kesatuan itu bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk menaikkan caruman Perkeso, namun kenaikan perlulah diletak di atas tanggungjawab majikan.

“Pihak MTUC memandang serius perkara ini dan bersetuju dengan cadangan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan untuk menaikkan kadar caruman tetapi kami menyarankan agar kenaikan itu mestilah di bahagian caruman majikan, bukan caruman pekerja.

Ini kerana melihat daripada situasi COVID-19, pihak kerajaan banyak menyalurkan bantuan kepada syarikat-syarikat untuk mengharungi permasalahan berlaku dalam urusan perniagaan sewaktu pandemik itu,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Sumber: BERNAMA

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”