Categories: Trending

Bermula Esok Individu Sebar Berita Palsu Dikenakan Denda RM100,000 Dan Hukuman Penjara

Denda sehingga RM100,000 dan hukuman penjara akan dikenakan buat mana-mana individu yang menyebarkan berita palsu berkaitan Covid-19 dan proklamasi darurat.

 

Perkara ini termaktub dalam Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (No 2) 2021 Warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan pada Khamis.

 

Ianya selepas pelbagai berita palsu berkaitan Covid-19 dan proklamasi darurat dikeluarkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

 

 

Selain itu, mana-mana orang melalui apa-apa cara dengan niat menyebabkan ketakutan dan kebimbangan orang awam ATAU kepada mana-mana golongan orang awam, menyebarkan apa-apa berita TIDAK BENAR boleh didenda melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Manakala, jika kesalahan tersebut dilakukan berterusan denda selanjutnya tidak melebihi RM1,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

 

Individu TIDAK  menghapuskan penerbitan juga boleh didenda

 

Dalam Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (No 2) 2021 Warta Kerajaan Persekutuan individu yang tidak melaksanakan kewajipan untuk menghapuskan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000.

 

Dan sekiranya perkara tersebut berterusan individu terbabit boleh didenda tidak melebihi RM3,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan berterusan selepas sabitan.

 

Turut dinyatakan tiap-tiap kesalahan di bawah ordinan ini adalah kesalahan boleh tangkap bagi individu yang gagal menjalankan tugas mereka.

 

 

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin