Categories: Trending

Pelumba Cub Prix Terpantas Jempol Meninggal Dunia

Pelumba Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018, Mohd Hafiz Nor Azman maut selepas dipercayai terbabit dlam kemalangan ketika perlumbaan di Bandar Penawar, Kota Tinggi semalam.

Khabar angin mengenai kematian Allahyarham beserta video berdurasi 42 saat yang menunjukkan detik-detik akhir sebelum kemalangan berlaku mula viral di laman sosial Facebook.

Menerusi beberapa status yang dimuat naik oleh orang ramai, Allahyarham Mohd Hafiz dipercayai terlibat kemalangan ketika menyertai perlumbaan akhir kategori CP150.

Sumber : Youtube

Allahyarham mewakili Petronas Racing Team-CKJ, menggalas tanggungjawab sebagai pelumba harapan pasukan berkenaan dalam kategori tersebut.

Dalam perkembangan lain, Allahyarham Mohd Hafiz Nor Azman merupakan anak kepada bekas pelumba, Nor Azman Mad Darus.

Salma Syahbuddin