#Mentor 7: Tiada Penyingkiran Minggu Ketujuh, Lima Protege Ke Separuh Akhir

Konsert ketujuh Mentor 7 menyaksikan tiada penyingkiran sekaligus melayakkan lima protege layak ke pentas separuh akhir, minggu depan.

Keputusan berkenaan disampaikan oleh juri tetap Datuk Wah Idris.

Protege milik Datuk Syafinaz Selamat, Ranisha mengutip 57 markah manakala protege Hafiz Suip, Azmirul mengutip 43 markah sekaligus meletakkan mereka di kedudukan dua terendah.

Sementara itu, persembahan protege Siti Nordiana, Lazarul mendapat persembahan terbaik menerusi lagu Jeritan Batinku.

Konsert minggu ketujuh berlangsung malam tadi di Sri Pentas 2 turut diserikan dengan persembahan Haqiem Rusli yang menyanyikan Kembali Merindu nyanyian asal Zamani.

Konsert separuh akhir Mentor 7 bakal berlangsung konsert separuh akhir minggu depan dengan membariskan protege Pasya, Azmirul, Lazarul, Ranisha dan Zaaim. Siapa yang layak ke pentas final? Jangan lupa saksikan pada 23 Disember depan jam 9 malam hanya di TV3.

SGMS Faida