Categories: Trending

Pemergian Anak Syurga, Jenazah Adam Rayqal Dikebumi Malam Ini

Al-Fatihah…Jenazah bayi berusia lima bulan yang ditemui mati di rumah pengasuhnya di Batu Caves malam tadi akan dikebumikan pada malam ini di Kuala Terengganu, Terengganu.

Hal ini disahkan oleh bapa saudara kepada ayah mangsa, Abdul Rahim Ismail, 54, ketika ditemui di hadapan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur di sini sebentar tadi,

Jenazah Adam Rayqal Mohd. Sufi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Sekolah, Kuala Terengganu lewat malam ini.

“Selepas selesai sesi bedah siasat dan memandikan dan sembahyang jenazah tadi, rombongan keluarga kami sebanyak empat buah kereta bertolak ke sana pada pukul 3.06 petang.

“Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang keputusan bedah siasat ini kerana ia masih dalam siasatan pihak polis.

“Kami sekeluarga sedih dan marah dengan kejadian ini kerana baru sahaja berjumpa dengan Rayqal semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung baru-baru ini dan tak menyangka tragedi ini berlaku pada dia,” ujarnya. 

SGMS Faida