Categories: Oh Lawa

Raut Wajah Unik, Berkulit Sawo Matang. Ini 5 Model Tempatan Paling Terlajak Laris

Dominasi pentas peragaan di kalangan model kelahiran Ukraine dan Uzbekistan di negara ini, antara faktor menyekat potensi model tempatan untuk berkembang.

Meski senario model tempatan dianaktirikan di negara sendiri sudah semacam topik lapuk, namun ia tidak seharusnya dipandang sepi kerana peragawati di Malaysia wajar diberi peluang kerana orang Malaysia tidak kurang cantik dan hebat.

Lima senarai model ini telah membuktikan, dengan wajah yang unik beserta kulit sawo matang mereka mampu menjadi tarikan sekaligus menepis kulit putih gebu kepunyaan peragawati Ukraine dan Uzbekistan. Sehingga menjadi rebutan di kebanyakan acara peragaan pentas sama ada dalam negeri mahupun luar negara.

Jom kenali Atikah Karim, Rita Suraya, Deanna Ibrahim, Rubini Sambanthan dan Tuti Noor, model tempatan terlajak laris di Malaysia.

1. Atikah Karim (175cm)

Foto: Glam Malaysia

Gadis berasal daripada Negeri Di Bawah Bayu ini pernah mencuba nasibnya dalam pertandingan ratu cantik sebelum dia mengecapi kejayaan melalui “Ford Models Supermodel of the World Search Malaysia” pada tahun 2011. Dengan kulit sawo matangnya dan lirikan mata nan sensualnya memberikan Atikah some major brownie points tatkala dia beraksi di atas pentas peragaan mahupun di set penggambaran. Dia juga sudah berjalan di atas pentas peragaan antarabangsa sebanyak 21 kali.

2. Deanna Ibrahim (175cm)

Foto: sy8dfaizal

Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam industri peragaan ini, Deanna Ibrahim telah menjelajah ke serata dunia demi kerjayanya sebagai seorang peragawati dan setiap satu pengalamannya dianggap sebagai pengajaran baru dalam hidupnya.

3. Rubini Sambanthan (173cm)

Foto: Hype MY

Gadis kacukan India-Nepal membuat kemunculannya dalam dunia peragaan pada tahun lepas dan dia juga pernah menyertai ratu cantik dan memegang gelaran Miss Global International 2014. We can’t wait to see more of her!

4. Tuti Noor (175cm)

Foto: kedahnews

Tuti merupakan model berbangsa Melayu pertama yang menyertai pertandingan “Asia’s Next Top Model Asia.” Model yang lazim dengan gaya edgynya dan stail rambutnya yang senantiasa pendek. Tuti juga dikenali sebagai seorang model yang fierce di atas pentas peragaan.

5. Rita Suraya (172cm)

Foto: infosuka

Selain daripada kerjayanya sebagai seorang peragawati, Rita juga mempunyai minat dalam bidang fotografi malah dia juga merupakan seorang graduan jurusan fotografi. Dengan minatnya dalam dua bidang yang berkaitan ini, dia menggunakannya untuk membantu dirinya menaikkan namanya dalam industri ini. Hampir sedekad dalam bidang ini, Rita masih lagi mempunyai aura yang kuat pada dirinya sebagai seorang peragawati.

Sumber: GLAM Malaysia

Yanie Baharom