Categories: Trending

Peminat filem Avengers, saksikan pertunjukan lampu unik yang bertemakan Avengers 26 April ini!

Peminat Avengers bergabung!

Mulai hari ini, Avengers: Endgame yang dikatakan akan menutup siri filem adiwira Avengers akhirnya ditayangkan di pawagam di seluruh dunia.

Peminat setianya pasti sudah menunggu lama untuk mengetahui kesudahan kisah penuh aksi dan drama watak kegemaran mereka.

Bagi anda yang sudah menonton, diam saja ya! Bagi yang belum, tidak mengapa, waktu tayangannya masih banyak di pawagam.

Walau apa pun, jika anda peminat besar Avengers, selain filem Endgame ada satu lagi tarikan yang anda tidak patut lepaskan: pertunjukan lampu yang bertemakan watak Avengers!

Dianjurkan oleh Marvel Malaysia, acara ini akan berlangsung pada Jumaat ini (26 April) di Menara KL bermula jam 8 hingga 10 malam.

Adiwira yang akan ditampilkan termasuklah Iron Man, Captain America, Thor dan Hulk.

Sebanyak 300 drone digunakan untuk pertunjukan ini yang dipercayai akan menerangi langit Kuala Lumpur. Kerana ini, ia berjaya disenaraikan dalam Malaysia Book of Records dalam kategori, ‘Penggunaan Drone Paling Banyak Di Dalam Pertunjukan Lampu.’ Hebat!

Sebelum ini, pengunjung Menara KL disajikan dengan sedikit  pratonton bagi acara penuh yang akan berlangsung kelak. Di bawah ini ialah  klip video yang  sempat dirakam peminat filem berkenaan.

Ini bukannya kali perama tarikan luar biasa diadakan sebegini bagi mempromosikan filem Avengers.

Pada April tahun lepas, Disney juga ada menganjurkan pertunjukan lampu di Suria KLCC bagi meraikan pelancaran filem Avengers: Infinity War.

Di sekitar waktu yang sama, Telekom Malaysia juga mengambil kesempatan untuk menyerlahkan seni bina unik Menara TM di Kuala Lumpur dengan memancarkan logo Avengers padanya.

Foto: Twitter @unifi

Jangan ketinggalan, ya! Bukan selalu kita dapat lihat aksi unik sebegini!

Sumber: Marketing Interactive

Ad Ops