Categories: Trending

Penerima Moratorium Terima Manfaat Penangguhan Sebanyak 43.7 Billion

Penerima moratorium dilaporkan menerima manfaat penangguhan sejumlah 43.7 billion melalui bayaran balik pinjaman institusi kewangan setakat 19 Jun lalu.

Sektor perniagaan dapat manfaat 15.3 billion

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM15.3 bilion dimanfaatkan oleh sektor perniagaan.

Bagi jumlah yang dimanfaatkan rakyat pula, sejumlah RM28.4 bilion adalah nilai moratorium yang dinikmati melalui pinjaman yang layak dari institusi kewangan.

Perkara itu diumumkan dalam perkongsian video mengenai pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di Facebook, hari ini.

Bulan lalu, Tengku Zafrul dalam satu kenyataan berkata, bank tempatan bersetuju untuk tidak mengenakan caj tambahan ke atas bayaran ansuran perjanjian sewa beli konvensional dan Syariah.

Caj tambahan berkenaan adalah kadar faedah terakru serta yuran dan penalti lewat bayar.

“Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan Syariah) sepanjang tempoh pembiayaan itu.

“Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penangguhan),” katanya.

Untuk info lanjut, tonton video di bawah:

Kredit: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”