Categories: Trending

Takwim Penggal Persekolahan 2020 Dipinda, Cuti Pertengahan Dikurangkan

Ambil perhatian buat para ibu bapa yang ingin merancang percutian bersama anak-anak!

Dalam satu laman web rasmi hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) meminda Takwim Penggal Persekolahan 2020 untuk membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid.

Cuti pertengahan dikurangkan

Pindaan tersebut menunjukkan cuti pertengahan penggal dua yang dikurangkan daripada sembilan hari kepada lima hari.

Pindaan dibahagikan kepada dua iaitu sekolah kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala kumpulan B membabitkan Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Selain itu, cuti akhir tahun bagi sekolah dalam kumpulan A dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari manakala sekolah dalam kumpulan B dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari,” katanya.

Bagi sekolah dalam kumpulan A, bilangan hari pembelajaran di rumah adalah adalah sebanyak 56 hari, manakala bagi sekolah dalam kumpulan B pula bilangan hari pembelajaran di rumah adalah sebanyak 55 hari. Paragraph

Namun begitu, bilangan hari pembelajaran di rumah hanya terpakai kepada murid Tingkatan Lima dan Enam, manakala bagi murid lain bergantung kepada bila mereka akan kembali ke sekolah kelak.

Takwim Penggal Persekolahan 2020 yang sudah dipinda boleh diperoleh melalui laman sesawang https://www.moe.gov.my/takwim/takwim-persekolahan-pindaan-2020.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”