Categories: Trending

Kenduri Kahwin Dan Sebarang Majlis Sosial Boleh Dianjurkan Bermula 1 Julai Namun…..

Berita baik untuk kita semua!

Menerusi Sidang Media Harian MKN yang baru sahaja berlangsung tadi, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato Seri Dr Ismail Sabri mengumumkan bahawa negara Malaysia bakal membenarkan semula menganjurkan sebarang majlis perkahwinan dan majlis sosial bermula 1 Julai ini.

Namun majlis yang dijalankan perlu menjalani SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan hanya 250 orang sahaja yang dibenarkan berada dalam dewan dalam satu tempoh masa yang sama. Tetapi, jumlah ini tertakluk kepada keluasan dewan tersebut.

Menurut beliau lagi,tetamu bergejala tidak dibenarkan hadir dan saringan suhu badan perlu diambil terlebih dahulu semasa menghadiri sesuatu majlis.

Teruskan menjaga penjarakkan sosial dan kebersihan diri korang walaupun banyak perkara yang telah dilonggarkan. Ini tidak bermakna kita boleh mengambil mudah tentang normal baharu ini ya.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover