Categories: Trending

Penjara Tawau Lanjutkan PKPD Sehingga 9 Oktober

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau, Sabah dilanjutkan 14 hari lagi bermula semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKPD di kedua-dua kawasan bermula 11 hingga 25 September lalu.

“Dalam tempoh itu (PKPD), kadar kes baharu di kawasan berkenaan adalah dua angka sehari manakala pada 23 September lalu, sebanyak 107 kes baharu dilaporkan.

“Mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak ini, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di kawasan ini 14 hari lagi bermula 26 September sehingga 9 Oktober ini,”katanya di Sidang Media PKP di Putrajaya semalam.

Sumber: Harian Metro

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”