Categories: FeaturedTrending

Penjawat Awam Diwajibkan Ambil Vaksin Atau Berdepan Tindakan Tatatertib – Pakar

Keputusan kerajaan mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin Covid-19 berdasarkan pertimbangan tertentu, adalah sah dari sudut pandangan syariah.

Ia juga perlu dipatuhi serta tidak boleh dianggap menyekat kebebasan individu di negara ini.

Menurut, Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed, berdasarkan Siasah Syar’iyah, apabila kerajaan telah mewajibkan penjawat awam divaksinasi, maka kelompok yang enggan patuh boleh dikenakan tindakan tatatertib.

“Agama Islam melalui bidang Siasah Syar’iyah memberikan hak mutlak kepada pemerintah (kerajaan yang mentadbir) untuk mengeluarkan arahan.

“Tindakan tatatertib dikategorikan sebagai hukuman ringan yang boleh dikenakan kerajaan menurut Siasah Syar’iyah,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataannya memaklumkan semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan diwajibkan mengambil vaksin COVID-19 dan dikehendaki melengkapkan vaksinasi sebelum 1 November 2021.

Dan semua pegawai awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

 

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin