Categories: Trending

Penyanyi Terkenal Indonesia Afgan Kini Positif Covid-19

Selepas Bunga Citra Lestari (BCL) dijangkiti Covid-19, seorang lagi artis popular Indonesia, Afgansyah Reza atau Afgan pula mengumumkan bahawa beliau kini disahkan positif wabak berkenaan sejak beberapa hari yang lalu.
Malah, artis berusia 32 tahun itu juga dilihat kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah menerusi muat naik di akaun Instagram miliknya.
“Saya dijangkiti COVID-19. Hari ini merupakan hari keempat saya dan setakat ini tidak mengalami sebarang gejala. Barangkali kerana sudah divaksinasi, jadi semua orang tolong dapatkan vaksin kerana sekiranya anda dijangkiti virus itu, ia tidak akan seburuk itu,”
Penyanyi yang popular menerusi lagu Jodoh Pasti Bertemu itu bagaimanapun bersyukur kerana tidak mengalami sebarang simptom yang teruk sehingga kini.
Menurutnya, positif Covid-19 juga tidak menghalang beliau untuk memberikan perhatian pada kesihatan dengan melakukan senaman ringan di rumah sepanjang tempoh kuarantin ini.
“Beginilah cara saya untuk kekal aktif selama kuarantin sekadar melakukannya secara ringan dan mudah. Buat anda yang dijangkiti COVID-19 tanpa gejala seperti saya, sekiranya mahu bersenam, lakukanlah dengan ringan,” tulisnya.
Ternyata berita ini juga menarik perhatian rakan-rakan artis yang turut membanjiri ruangan komen Afgan dengan ucapan doa dan kata-kata semangat buatnya termasuklah penyanyi, Raisa, Isyana Sarasvati, Bunga Citra Lestari, Marcell dan ramai lagi.
Salma Syahbuddin