Jenazah pelakon, Allahyarham Benjy yang meninggal dunia pada Ahad lalu selamat dikebumikan di Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung, Medan, Indonesia pada Isnin.

Baca artikel berkaitan : Benjy Meninggal Dunia Di Medan Akibat Asma

Difahamkan, upacara pengebumian pelakon yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty itu selesai sekitar pukul 11.45 tengah hari (waktu Indonesia).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh adik kepada Benjy sendiri iaitu Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

“Sehubungan itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menawarkan bantuan untuk pembiayaan pengurusan jenazah.

“Sekiranya, masih ada yang mahu berbuat demikian (memberi sumbangan), kami minta anda untuk salurkan sumbangan kepada mana-mana pihak yang memerlukan atas nama Allahyarham Ben (panggilan buat Benjy) dan sedekahkan Al-Fatihah,” kata Inessa dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Benjy Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 43 tahun di sebuah hospital di Medan akibat asma.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”

Recent Posts