Categories: Trending

Wabak Covid-19 Kini Difasa Paling Bahaya

Virus Covid-19 boleh terus bermutasi dan mampu menjadi lebih ganas untuk menjangkiti ramai individu pada ketika ini.

Menurut Pakar kesihatan awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, seluruh dunia berdepan ancaman penularan varian membimbangkan (VOC) dan varian yang perlu mendapat perhatian (VOI).

“Sekarang ini varian Delta dikatakan penularan terbesar menjangkiti penduduk dunia selain beberapa varian lain seperti Alpha, Beta, Kappa dan Lambda.

“Begitu juga di Malaysia, varian baharu mungkin ada, tetapi kita tidak tahu berapa peratus. Ini kerana daripada 9,000 kes harian dilaporkan, sebenarnya terdapat tiga hingga empat kali ganda lagi orang dijangkiti di luar,”

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut memberi amaran bahawa Covid-19 kini berada pada ‘fasa sangat berbahaya’ akibat ancaman varian Delta yang lebih mudah berjangkit dan sudah dikesan di 98 negara.

Antara varian yang membimbangkan itu adalah jenis Alpha yang dikesan dari United Kingdom, Beta (Afrika Selatan), Gamma (Brazil), Delta (India), Epsilon (Amerika Syarikat), Eta (Nigeria), Iota (Amerika Syarikat), Kappa (India), Lambda (Peru), Theta (Filipina) dan Zeta (Brazil).

Selain itu, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) turut merekodkan 217 kes daripada varian Alpha, Beta, Delta dalam kategori VOC selain Kappa, Theta serta Eta dalam kategori VOI.

Berdasarkan info grafik setakat 30 Jun lalu, varian Beta merekodkan kes tertinggi iaitu 147 kes yang dikesan di seluruh negeri kecuali Labuan.

 

 

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin