Categories: Trending

‘Perkara Yang Paling Saya Takut Telah Terjadi’- Boy Iman Diuji Lagi?

Tidak mahu lagi berpura-pura dengan peminat, pelakon dan usahawan Datuk Boy Iman memaklumkan dia dan isteri sudah bercerai sejak April lalu.

Menerusi sebuah kapsyen di Instagram, walaupun sakit dengan ujian, dia  tetap reda dengan perpisahan ini.

“Jadi perkara yang paling saya takut dan risau telah terjadi kepada saya bila saya fikir balik sekarang ni. Tapi jangan fikir yang tak baik, negatif saja. Yang positif, yang bahagia kena fikir jugak.

“ Sepanjang saya berkahwin, lebih banyak yang baik, yang positif dan yang bahagia saya lalui.

“ Saya bersyukur Allah pinjamkan nikmat berkahwin itu,” tulisnya di Instagram.

Dalam masa sama Boy Iman berharap anak-anak tenang menghadapi situasi ini dan dapat menerima hakikat ibu-bapa mereka sudah tidak lagi bersama.

“Cuma sebagai hamba-Nya, ada perkara yg bukan dibawah kawalan kita, bukan kita nak pun tapi terjadi.

“So nasi dah jadi bubur, apa nak buat..letak kicap makanlah. Itu ujian, dugaan dan bahagian masing2. Kena redha, hadap dan tabah. Saya berharap anak-anak akan terus menjaga mama dia, menyayangi saya dan hubungan kami tidak berakhir hanya di dunia tetapi berpanjangan sehingga akhirat sebagai anak beranak. Papa sayang anak2 papa,” tulisnya.

Terdahulu, Boy Iman telah memuatnaik beberapa entri menulis yang membayangkan tentang situasi rumah tangganya.

“Akhirnya aku berani untuk menerima kenyataan yang ianya telah musnah,” tulisnya.

Boy Iman berkahwin dengan Kumala Dewi Anas pada 11 November 2011 dan dikurniakan seorang anak, Norul Emmer.

SGMS Faida