Categories: Trending

Permohonan Rayuan BSH Dibuka Sehingga 6 September

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 dibuka sehingga 6 September ini dan tiada sebarang bayaran dikenakan bagi permohonan itu, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Proses rayuan boleh dibuat melalui Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/Pusat Khidmat Hasil (PKH)/Pusat Transformasi Bandar (UTC) atau secara dalam talian bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu saja.

“Sila layari pautan bsh.hasil.gov.my/ untuk maklumat lanjut,” katanya ketika menyampaikan Laporan LAKSANA Ke-19 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), hari ini.

Tengku Zafrul berkata, seramai 4.18 juta penerima BSH telah berjaya menerima bayaran RM2.7 bilion yang dikreditkan terus ke dalam akaun bank mereka.

Beliau berkata, bagi penerima BSH yang ‘gagal kredit’ atau bayaran tidak dapat disalurkan ke dalam akaun bank, mereka boleh menuntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

Baca artikel berkaitan :Cara Mohon Rayuan BSH Fasa Ketiga Secara Online

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”