Categories: Trending

Pelakon Filem The Amazing Spiderman, Irrfan Khan Disahkan Meninggal Dunia

Pelakon Bollywood yang pernah membintangi filem The Amazing Spiderman, Life of Pi iaitu Irrfan Khan dilaporkan telah meninggal dunia.

Pelakon berusia 53 tahun itu dikhabarkan telah lama bertarung dengan penyakit kanser dan didiagnosis tumor neuroendokrin.

Irrfan dipercayai menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani di Mumbai. Beliau disahkan meninggal dunia pada Hari Rabu tanggal 29 April.

Mula mencipta nama di Bollywood dan seterusnya menyinar di persada Hollywood, beliau pernah merangkul anugerah aktor terbaik menerusi Anugerah Kebangsaan India. Malah, ketika hayatnya, beliau turut membintangi lebih daripada 100 filem Blockbuster antaranya adalah The Amazing Spiderman, Slumdog Millionaire dan Jurassic Park.

Irrfan Khan telah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Sutapa Sikdar. Hasil perkongsian hidup mereka kini dikurniakan dua orang cahaya mata.

Salam takziah diucapkan buat keluarga beliau.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”