Categories: Trending

Pertama Di Malaysia, Hotel Ini Jamin Penginapan Penuh 26 Jam!

Hotel menjadi pilihan kediaman sementara buat sang pengembara yang mahu lari dari rutin harian. Pilihan inap unik dan eksotik antara citarasa kembara moden yang menjadi keutamaan melepas lelah dan penat.

Namun, hotel berikut ini tampil lain dari kebiasaan apabila berani menawarkan jaminan penginapan penuh selama 26 jam. Ya, 26 jam penuh – sekiranya anda mendaftar masuk pada jam 8 malam, anda boleh menikmati pengalaman hotel sepenuhnya selama 26 jam dan mendaftar keluar hanya pada jam 10 malam keesokan harinya!

Dorsett International Hospitality kini menawarkan penginapan penuh selama 26 jam di rangkaian hotel Dorsett di Malaysia – Dorsett Grand Subang, Dorsett Hartamas & Dorsett Kuala Lumpur dengan daftar masuk yang fleksibel pada bila-bila masa. Tambah menarik, tawaran ini terpakai untuk kesemua jenis bilik yang terdapat di rangkaian hotel Dorsett di lembah Klang!

Nah, kini anda tak perlu lagi memohon daftar keluar lewat di kaunter hotel dengan caj tambahan. Jaminan penginapan 26 jam penuh ini hanya boleh dinikmati menerusi tempahan langsung di laman sesawang rasmi hotel.

Dan BONUS buat anda yang menginap di Dorsett Grand Subang, hotel ini turut memperkenalkan pakej 3 permintaan istimewa buat pengunjung! Selain diskaun 25% ke atas harga bilik, pengunjung boleh memilih 3 permintaan berikut untuk dipenuhi oleh pihak hotel, wah!

PERCUMA Sarapan pagi untuk 2 orang di Terazza Brassserie (Setiap Hari)

PERCUMA naik taraf ke bilik Deluxe untuk setiap tempahan

PERCUMA servis ‘Pressing’ untuk 2 helai pakaian

PERCUMA Layanan Mocktail Dorsett dari jam 5 petang – 8 malam untuk 2 orang di Piano Lounge

PERCUMA 1 tin ‘Signature Cookies’ Dorsett

PERCUMA 1 servis Bar Mini untuk penginapan minimum 2 malam

Buat yang mahu bercuti ke Kuala Lumpur namun mahukan suasana privasi, kami sarankan untuk mencuba pengalaman #StayVibrant di Dorsett Grand Subang!

Maklumat lanjut di:

https://www.dorsetthotels.com/en/dorsett-grand-subang/26-hour-stay.html
https://www.dorsetthotels.com/en/dorsett-grand-subang/offers/dorsett-3-wishes-.html

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”