Trending By: Attiqah Mohd January 26, 2021 @ 4:25pm

Peruntukkan 293 Juta Dari Air Selangor, Turunkan Kadar Air Tak Berhasil

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memperuntukkan RM293 juta tahun ini berbanding RM255 juta pada 2020 untuk mencapai penurunan kadar air tidak berhasil (NRW) pada tahun ini.


Ketua Pegawai Eksekutifnya Suhaimi Kamaralzaman berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM170 juta telah diperuntukkan untuk Program Penggantian Paip Lama yang kritikal, manakala RM16 juta untuk penukaran meter lama dan rosak.


Dalam satu kenyataan beliau berkata Air Selangor berjaya menurunkan purata NRW kepada 28.6 peratus tahun lepas berbanding 29.7 peratus pada 2019.
Pencapaian ini melebihi sasaran pada kadar 29.2 peratus yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meskipun berdepan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19.


Katanya, seiring dengan penurunan kadar NRW yang baik sejak 2019, Air Selangor bertekad untuk terus mengurangkan kadar NRW kepada tahap 25 peratus pada 2025 dan seterusnya kepada tahap 15 peratus menjelang 2049.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Feb 2024
Trending Wed, 6 May 2020

[TERKINI] Ujian Saringan Di Chow Kit Kini Bermula

Semoga dengan langkah ini dapat memutuskan penularan wabak covid-19

Trending Mon, 19 Nov 2018

Jin Wei Raih Kejuaraan Remaja Dunia Kali Kedua Di Kanada

Jin Wei sebelum ini turut mengharumkan nama negara apabila mencipta sejarah menjadi atlet pertama Malaysia memenangi pingat emas pada edisi ketiga Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires, Argentina,

Featured Wed, 17 Aug 2022
Trending Wed, 4 Jul 2018

Sayu… Ibu Bapa Adam Rayqal Hadir Sesi Pengecaman Mayat

Ibu mangsa, Farrah Madihah Othman, 28, dan suaminya, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, ditemani ahli keluarga terdekat, disambut saudara mara dan rakan sekerja Farrah Madihah yang sudah menunggu di IPFN HKL sejak jam 9 pagi tadi.

Featured Mon, 29 May 2023

Babak ‘Panas’ Zul Ariffin Dalam Drama Perempuan Itu Buka Mata Mimi Lana Belajar Ilmu Agama

Terbaik lah Mimi, persediaan untuk berumah tangga InsyaAllah.

Trending Tue, 23 Mar 2021

“Siapa Kata Saya Nak Berlakon Jadi Cantik Je?” – Che Ta Akui Terkilan Dengan Pengarah

Selepas hampir 15 tahun bergelar pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta mengakui terkilan apabila ada pengarah yang meminta sebuah produksi menggugurkan namanya hanya kerana tidak yakin dia boleh tampak ‘buruk’ sebagai pelakon. Che Ta […]